Rabu, 23 September 2009

Senarai Guru, Staf Dan Pekerja.

PN. MAIMUNAH BT SAM
GURU BESAR






GPK 1 (PENTADBIRAN)
EN. AMRI BIN ZAKARIA


GPK HEM
PN. SALINA BTE BUJANG


EN. ZULKARNAIN BIN NAPIAH
GPK KOKU


GURU PRA SEKOLAH
PN. NUZHAH BTE YUSUF



GURU SPBT
PN. SALMAH BTE ABD MULOK



GURU PENDIDIKAN ISLAM / ICT
PN. ROZILAH BTE HUSIN



GURU PPSMI
PN. NORLAILA BTE MOHAMMAD



GURU BAHASA INGGERIS
PN. YASMIN BTE AHMAD JANA




USTAZ MOHD ANUWI BIN JUSOH
GURU J-QAF



GURU PUSAT SUMBER
EN. SAHHIDAN BIN ABU HASSAN



GURU PEMULIHAN
PN. SITI SHAHIDAH BTE MAHMUD



GURU PEND. JASMANI
EN. AZWAN NIZAM BIN A.AZIZ



GURU BAHASA MELAYU
EN. ROHAIMI BIN KAMBOL



PEMBANTU TADBIR
PN AZWIN BTE MOHD YASIN



PEMBANTU PRA SEKOLAH
PN JUMILAH BTE ISMAIL



PEKERJA SEKOLAH
EN. AWALUDDIN BIN ABD GHANI



PEKERJA SEKOLAH
PN. RATNA DEWI BTE SUKAHIMI



PEKERJA SEKOLAH
EN. SHAWAL BIN KECHUT



MATLAMAT SEKOLAH

MENYEDIAKAN PELAJAR YANG BERILMU PENGETAHUAN
BERAKHLAK MULIA, BERKETRAMPILAN DAN BERBUDI

MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERDAYA SAING, PROGRESIF DAN BERDEDIKASI

MEWUJUDKAN BUDAYA YANG HARMONI, BERDISIPLIN, BERSIH, INDAH,
TENTERAM DAN SELAMAT


OBJEKTIF SEKOLAH

MENCAPAI PRESTASI YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK

KE ARAH PENCAPAIAN 100% MURID MENGUASAI KEMAHIRAN 3M DAN MEMPUNYAI BUDI PEKERTI YANG MULIA

MENERAP BUDAYA MEMBACA DAN BUKU SEBAGAI RAKAN

MENGEMBANGKAN BAKAT, DAYA KEPIMPINAN DIRI
MELALUI KEGIATAN KOKURIKULUM


LAGU SEKOLAH

BERKOBAR SEMANGAT JIWA DAN RAGA KU
TEKUN, SABAR TANPA JEMU
TERUS BERUSAHA CAPAI CITA
MASA DEPAN HIDUP BAHAGIA

HORMATI GURU SAYANG IBU BAPA
PATUH AJARAN AGAMA
SALING MEMBANTU TIAP MASA
TERAS PRINSIP HIDUP KITA

SEKOLAHKU YANG TERCINTA
SK SUNGAI SIPUT
KAMI KAN TETAP BERIKRAR
UNGGUL, MAJU, BERWAWASAN
ILMU PUNCAK KEJAYAAN

BERBAKTI KEPADA IBU PERTIWI
NAMAMU KAN DISANJUNGI
MARUAH AGAMA DAN NEGARA
TEGUH, TETAP KAMI BELA









Selasa, 22 September 2009

Kenali Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput adalah sebuah sekolah yang telah dibina pada tahun 1925. Guru Besar yang pertama ialah Encik Agam bin Lambak. Datuk Penghulu yang pertama ialah En. Karim bin Abdullah.

Pada tahun 1925 , Sekolah Kebangsaan Sungai Siput mempunyai 4 buah billik darjah iaitu kelas Tahun 1 hingga kelas Tahun 4. Bilangan murid pula seramai 36 orang dan 5 orang guru. Para pelajar yang belajar di sekolah ini adalah datangnya dari 3 buah kampung iaitu Kampung Sungai Jerneh, Kampung Berisu dan Kampung Sungai Siput sendiri. Ini disebabkan kerana Kampung Sungai Jerneh dan Kampung Berisu tidak mempunyai sekolah ketika itu.

Pada awal tahun 30an dua buah kuarters guru (rumah guru) telah dibina di dalam kawasan sekolah. Kuarters ini dikira untuk kemudahan guru-guru yang tinggal jauh dari kampung ini.

Pada tahun 1960an 3 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat . Bilik ini dibina dengan mengubahsuai bangunan lama.

Oleh kerana jumlah murid semakin bertambah , sebuah bangunan tambah telah dibina pada tahun 1970an. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik air dan dua buah stor. Pada tahun 1998 bangunan tambahan sementara telah dibina berhampiran dengan padang sekolah. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah. Bangunan ini dibina kerana bangunan lama terpaksa dirobohkan atas faktor keselamatan. Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1999. Bangunan ini siap dan boleh digunakan

Pada Ogos 2000. Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah, bilik air dan stor. Bangunan ini dibina di bawah pentadbiran Guru Besar, Tuan Haji Kamaludin bin Mohd Nor.

Pada tahun 1995 kuarters guru yang lama telah dirobohkan. Kuarters ini telah digantikan dengan 2 buah rumah guru yang lebih selesa. Kuarters ini telah dirobohkan dengan kerjasama daripada guru-guru, AJK PIBG dan beberapa orang penduduk kampung.

Pada tahun 1997 juga bangunan Pra Sekolah telah dibina. Bangunan ini dibina berasingan dari sekolah dan merupakan Pra Sekolah pertama di Malaysia yang dibina berasingan dari sekolah. Bangunan ini mempunyai ruang belajar yang selesa, sebuah dapur dan sebuah bilik air. Taman permainan juga dibina berhampiran dengan bangunan , khas untuk murid-murid Pra Sekolah. Guru Pra Sekolah yang pertama dan hingga kini ialah Puan Nuzhah bt Mohd Yusoff. Bangunan Pra Sekolah dan Rumah Guru ini dibina di bawah pentadbiran Guru Besar Tuan haji Rahmat Bin Md. Akib.