Jumaat, 4 Februari 2011

MARI BERSEMBANG


Bicara Penulis...

Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh kepada semua ......

Guru alaf baru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sebagai penambahan pengetahuan yang sedia ada untuk berhadapan dengan pelbagai senario dunia pendidikan global. Maka rugilah insan yang lalai dan tidak berwawasan, sebaliknya beruntung pula insan yang dapat menggunakan masa dengan baik dan berfaedah.
Profesion perguruan juga meliputi beberapa aspek seperti berikut :
« mencari rezeki yang halal untuk kehidupan yang bahagia.
« melaksanakan kerja sebagai ibadah.
« menjalankan aktiviti mengajar yang beradab.
« membangunkan pelajar dan membina tamadun yang beradab melalui penyempurnaan tugas sebagai hamba dan khalifah.


Terima kasih pada semua dan SELAMAT MENUNAIKAN AMANAH.
Sabda Rasullullah SAW :
Terdapat tiga golongan manusia yakin ;
* Orang yang beruntung (berjaya) iaitu mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.
* Orang yang rugi ( terpedaya ) iaitu mereka yang hari ini sama seperti semalam.
* Orang yang celaka iaitu mereka yang hari ini lebih buruk daripada semalam.

Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati - IMAM MALIK

…………………………………….
Pn Rozilah bte Husin
Guru ICT,
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput,
Lubok China,
Melaka.

KEDUDUKAN SEKOLAH SEPERTI PADA

05.01.2010 : 887 / 7617

21 . 01 . 2011 : 976 / 7697

GPS UPSR 2009 : 1.95
GPS UPSR 2010 : 1.95